Friday, 6 January 2012

belajar sambil bermain :) ..

kenapa belajar sambil bermain ? ia adalah kerana  fitrah kanak-kanak untuk bermain.menikut Imam Al-Ghazali beliau sendiri begitu menitik beratkan bermain bagi kanak-kanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh memperkembangkan sifat semulajadi mereka  disamping menyihatkan tubuh badan dan menguatkan otot-otot.
pada peringkat umur mereka ini sememangnya akan menunjukkan sikap suka bertanya, suka meniru, suka berimiginasi, suka menunjuk-nunjuk dan sebagainya.ia nya adalah semulajadi lalu dengan bermain mereka akan mendapatkan jawapan atas segala persoalan mereka..


jika melihat kepada video yang memaparkan ucapan Sh.Hamzah Yusuf ini maka biarkan anak anak kecil bermain :) ..
diperingkat prasekolah kami para guru telah mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai.bahan pembelajaran adalah sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid.dan semestinya saya sendiri akan mengajar dalam suasana yang ceria sesuai dengan pesektaran yang oleh diterima oleh para murid saya.. :)

No comments:

Post a Comment